Apa itu Kitar Semula?







Hasil carian imej untuk kitar semula




Kitar semula ialah satu proses mengolah barangan buangan untuk menghasilakan barangan baru. kitar semula dapat mengurangkan barangan buangan, mengurangakan pengunaan tenaga dan mengurangkan pencemaran air dan udara. Sekaligus, mengurangkan bilangan sampah yang semakin bertambah.


                                                             Amalan 3R dirumah.





1. Reduce- pengurangan.

  • Mengurangkan pembelian yang tidak perlu. kita haruslah membeli mengikut keperluan sahaja. Hal ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang malah dapat mengurangkan bilangan plastik, tin, dan lain-lain.
  • Beli barangan yang boleh dikitar semula. seperti botol plastik, tin-tin, kotak-kotak dan lain-lain.
  • Mengurangkan pembelian barangan yang mengunakan beg plastik. Hal ini dapat mengurangkan          bilangan sampah dan dapat mengurangkan kos.



2. Reuse- Guna semula.

  • Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan.
  • Tayar lama boleh dikitar semula.
  • Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
  • Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
3. Recycle- Kitar semula.

  • Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
  • Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
  • Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.

Tong-tong kitar semula juga disediakan bagi memudahkan masyarakat untuk mengitar semula barangan yang terpakai.


Hasil carian imej untuk tong kitar semula dan fungsinya





Biru- Kertas

Semua Kertas berwarna dan tidak berwarna.Seperti akhbar, majalah, buku helaian kertas, surat khabar, sampul surat dan lain-lain.

Tidak termasuk- kertas-kertas kotor, kertas tisu, kertas karbon.


Coklat- Kaca

Semua kaca berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman ringan, balang, botol vitamin dan komestik.

Tidak termasuk- cermin, cermin tingkap, balang dan botol bahan toksik dan lain-lain.


Jingga- Tin Aluminium, tin keluli dan plastik.

Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan plastik, semua jenis plastik berwarna dan tidak berwarna.

Tidak termasuk- bekas cat, bekas bahan toksik, peralatan makmal dan lain-lain.


Keratan Berita:


Hasil carian imej untuk berita kitar semula

Hasil carian imej untuk berita kitar semula

Hasil carian imej untuk berita kitar semula


Pertandingan:

Pengenalan Pertandingan
 
Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga pelajar universiti
pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan
seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari
hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan
sekolah.
Antara aktiviti yang dipertandingkan di bawah program ini adalah Program Kitar
Semula, Aktiviti pengumpulan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar
kawasan Universiti.

Matlamat Pertandingan

Menjadikan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris  sedar dan bergiat aktif
dalam program amalan lestari dan lestari hidup.

Objektif Pertandingan
I. Mendedahkan warga Universiti pengetahuan mengenai kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program
mesra alam.
II. Menggalakkan warga Universiti melaksanakan aktiviti mesra alam dengan
berkesan seperti program kitar semula.
III. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga
kebersihan dan keceriaan persekitaran Universiti.
IV. Mewujudkan suasana Universiti yang kondusif bagi melahirkan warga
pelajar yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
V. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan
memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga
Universiti untuk menjalankan aktiviti kitar semula.

Faedah Pertandingan
 
I. Semua warga Universiti didedahkan dengan pengetahuan secara lebih
mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.

II. Aktiviti melibatkan pelajar-pelajar dalam amalan lestari hidup seperti
penjimatan pengunaan air dan tenaga elektrik, cara-cara menjaga alam
sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna.

III. Warga Universiti dapat memanfaatkan program ini untuk dilaksanakan di
tempat kediaman masing-masing dengan mempraktikkan amalan kitar
semula.

IV. Secara tidak langsung, sebagai satu sumber pendapatan dari hasil jualan
barangan kitar semula yang dikumpulkan itu.

Strategi Pelaksanaan
 
1. Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua
pelajar semasa gerak gempur pagi.

2. Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah
tentang kepentingan kitar semula.
3.. Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada
hari penamat program ini.

4.. Menyediakan beg plastik hitam dengan label kepada setiap pelajar
agar mereka dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut
kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.

5. Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar
semula yang berjaya di kumpul oleh pelajar-pelajar.




Video: https://youtu.be/Ny8NaOKKxEU




Ulasan

Catatan Popular